Wednesday, March 3, 2010

Rasulullah S.A.W mggkt martabat & drjt kaum wnita

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Apabila seseorang perempuan m
ula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

Apabila telah lahir
anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

Apabila
semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

Barangsiapa yang m
engembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.(xkn xnk smyg ag kot lps tau gnjran.insaf2lah)

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".(jgnla dgki bila suami mgutamkn ibu.itu adalh hk ibuny yg tlh mnjgany sjk dlm prut hgga skrg)

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana- mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

p/s: prmpuan2 yg bc ni pk blik lau sblm ni xnk bersalin.bslin byk hkmhny.ank itu adlh rzki.wallahuallam..=)

0 comments:

Love is...
© LiFia - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace